graphical © Provided by Berita Harian Minggu Saham Digital anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) zahrin@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) membuat pembaharuan kepada penganjuran program celik kewangan dan pelaburannya dengan memperkenalkan Minggu Saham Digital (MSD), adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM). 

Pengajuran secara digital selama tujuh hari itu akan disiarkan secara langsung antara jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata seiring dengan perkembangan transformasi digital, MSD buat pertama kali dianjurkan dari 18 hingga 24 November ini melalui Facebook dan YouTube.

Beliau berkata, pengurus dana amanah itu selama dua dekad setiap tahun telah menyediakan platform secara bersemuka untuk masyarakat mengenali PNB dan syarikat pelaburannya. 

Katanya, ia juga memberi peluang kepada pemegang unit PNB mendapat gambaran bagaimana pelaburan mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara. 

PNB berjaya meletakkan MSAM sebagai acara tahunan yang sentiasa dinantikan dengan pelbagai aktiviti pendidikan mesra keluarga selama dua dekad.

MSD adalah bukti bagaimana PNB terus berkembang serta mendukung cara baharu dan menarik untuk mendekati pemegang unit kami dan rakyat Malaysia secara umumnya, dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah untuk dilayari.

Ia adalah langkah penting ke arah perjalanan transformasi organisasi PNB yang lebih luas. Dengan menganjurkan acara tahunan kami secara dalam talian, semua lapisan masyarakat dapat menikmati pelbagai kandungan aktiviti menarik di mana saja mereka berada, katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang minggu itu, pelbagai aktiviti disediakan, daripada siri forum dan webinar pendidikan, hinggalah segmen yang menghiburkan seperti konsert maya. 

Menerusi acara digital dalam norma baharu itu, peserta juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains yang unik, pertandingan pencarian harta karun maya.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah Ford Ranger 2.0L XLT 4WD (10AT), sebuah Toyota Vios 1.5G (AT), sebuah Perodua Aruz 1.5AV (AT), sebuah Honda CBR250, 8 buah Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Write us

Find us at the office

Darmofal- Broderick street no. 11, 88736 Vatican City, Vatican City

Give us a ring

Meadow Hipsley
+90 293 316 242
Mon - Fri, 8:00-14:00

Join us